Saturday 17 January 2009

PESAN NABI

BIJAK mengingati MAUT.


Sabda Nabi Muhammad. Orang yang paling bijak ialah mereka yang sering mengingati MATI.


Cuba bayangkan, satu perkara yang paling mudah, ketika kita hendak melakukan MAKSIAT. Sewaktu kita sedang MENGUMPAT, atau sewaktu kita sedang memperkatakan sesuatu tentang saudara kita, tiba - tiba sahaja MALAIKAT MAUT datang dan terus merenggut nyawa kita.


Yang pasti diwaktu itu, kita belum sempat memohon maaf dari Saudara kita yang diumpat. Hatta, kita belum sempat bertaubat. Dan nyawa kita berpisah dari jasad.


Aku tertarik dengan kisah seorang HAMBA ALLAH yang telah meninggal dunia baru - baru ini. Dan kisahnya telah diceritakan sekali lagi oleh Ustaz Shamsuri Ahmad.


Hamba Allah ini, sepanjang hayatnya yang diketahui. Setiap kali sebelum dan sesudah bersolat, beliau akan membaca Al Quran. Beliau tidak pernah menceritakan keburukan orang lain. Tidak banyak bercakap, tidak pernah terdengar yang beliau mengumpat, dan lebih banyak tersenyum.

Beliau meninggal dunia sewaktu sedang bersolat didalam surau. Jenazahnya begitu mudah diuruskan. Dari urusan mandi hingga dimasukkan kedalam liang lahad, semuanya berjalan lancar dan mudah sekali.


Ya Allah, permudahkanlah urusan kematianku. Jauhilah aku dari azab kubur. Permudahkanlah aku untuk melalui as - sirath. AMIN.

No comments:

Post a Comment