Saturday 17 January 2009

PRAKTIKAL SOLAT

MAZHAB SESAT !


Usai solat Jumaat. Aku terus menemui Imam yang bertugas. Menceritakan tentang perasaan aku sewaktu bersolat Jumaat.


Hati aku memang tidak keruan. Melihat kedudukan saf yang memang tidak betul dan menyalahi sunnah. Berterabur. Jemaah bersolat ikut suka hati masing - masing.


Sudahlah saf tidak lurus, tidak rapat, malahan ada yang tidak mematikan telefon bimbit.


Ada yang berdiri terkehadapan, ada yang berdiri kaki kiri dihadapan dan kaki kanan dibelakang, macam - macam fesyen.


Ada pula yang sewaktu sujud, jari kakinya digerak- gerakkan. Dan ada yang melakukan gerakan hingga terangkat kaki.


Untuk melepaskan tanggungjawab. Usai solat aku mengekori seorang pakcik yang berusia dalam lingkungan 60'an. Aku memberi salam dengan senyuman dan tanda hormat. Lalu tanpa berlengah, dalam bahasa bersopan, aku terus memberikan teguran dengan sebaik ayat.


Namun, tiba - tiba sahaja pakcik ini tidak dapat menahan kesabaran, lalu terus memaki hamun aku. Aku katakan bahawa, aku bukan bertujuan untuk mengajar, tetapi untuk berkongsi ilmu, agar bersama - sama dapat mengamalkan suruhan Allah dengan betul.


Apabila pakcik ini bersuara lantang dan berkeras serta mencarut. Dan orang ramai memerhatikan keadaan kami. Maka, aku terus sahaja bergerak dari situ, lantas menemui Imam yang bertugas.


Nasib baik, si pakcik ini menuruti aku. Mungkin tidak berpuas hati. Dan kami bertemu serta memohon jasa baik dari Tuan Imam. Alhamdulillah, diwaktu itu, Ketua Kampong juga kebetulan berada disitu.


Setelah mendapat penerangan dari aku dan pakcik ini. Akhirnya, Imam memberikan tunjuk ajar bersolat yang betul. Aku hanya memandang wajah pakcik ini yang sedang menanggung perasaan malu, kerana apa yang aku perkatakan itu betul dan tepat.


Setelah mendapat penerangan dan bimbingan dari Imam. Aku terus bersalaman dengan Imam dan Ketua Kampong, tetapi huluran tangan aku tidak disambut oleh Pakcik ini. Malah dihamburkan kata - kata, "engkau tu orang muda, jangan pandai - pandai nak tegur orang macam aku, aku tau siapa yang boleh tegur aku."


Tidak berpuashati, dengan tindakan aku, pakcik ini terus berkata "apa, engaku ingat aku ikut mazhab yang sesat ke!?


Aku tidak menjawab, lalu terus sahaja beredar dari situ, setelah mengucapkan terima kasih kepada Imam dan Ketua Kampong.


Pagi tadi, sewaktu berada di sebuah kedai, tiba - tiba sahaja aku terserempak dengan Imam. Dan aku mendapat makluman, bahawa pada solat Jumaat akan datang, Imam akan memberikan tunjuk ajar dan akan memberikan penerangan tentang kedudukan solat yang betul.


Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment