Saturday, 24 January 2009

SOLAT & PERANG

DAHI DIATAS TANAH.


Aku terfikir sendirian. Dalam tempoh 24 jam yang Allah berikan kita sehari semalam. Berapa jamkah, atau berapa minitkah atau berapa saatkah kita sujud dan meletakkan dahi kita diatas tanah untuk menyembah Allah.


Dan dalam tempoh kita sujud itu. Adakah seluruh jiwa, jasad dan pemikiran serta segala - galanya kita SEMBAH kan kepada Allah ?


Adakah kita benar - benar berserah diri, jiwa dan raga kepada Allah ? Aku sering terdengar kenyataan bahawa mereka yang berserah diri kepada Allah, dengan sebenar - benar penyerahan akan menjadi manusia yang kuat, tidak takut kepada sesama manusia, berani untuk berjuang dijalan Allah. Tidak takut mati. Malahan syahid menjadi matlamat utama.


Tetapi bila aku hubungkaitkan antara solat dengan kekejaman Israel LAKNATULLAH. Tidak kelihatan walau seorang pun pemuda yang benar - benar bersedia dan berani untuk terbang ke Palestin dan berjuang bagi mendapatkan syahid. Apa yang aku dengar, dan melihat dengan mata kepala aku sendiri ialah. Pejuang HIZBULLAH sahaja yang kelihatan benar - benar berani untuk mendapatkan syahid. Dan sehingga kini hanya Presiden Iran, Dr. Mahmud Ahmadinejad sahaja yang bersuara lantang menentang kekejaman Israel LAKNATULLAH.


Masih terngiang dicuping telinga aku bila ramai Ustaz dan Ulamak serta Tuan Guru yang mengajar di surau dan masjid, menyatakan bahawa, Aqidah dan IMAN umat Islam pada hari ini terlalu lemah. Cuma aku seperti tidak sempat untuk bertanya sesuatu : "Rasanya IMAN Ustaz juga tidak kuat, kalau tidak, saya yakin Ustaz telah mendapat syahid"!

No comments:

Post a Comment