Wednesday 28 January 2009

TUNTUTAN ILMU

JADUAL MENUNTUT ILMU.


Bila aku berkeliling kampong. Aku mendapati ada 3 buah masjid dan 7 buah surau disekitar kampong aku.


Aku perhatikan, untuk setiap surau dan masjid, setiap hari pasti ada kuliah yang dijalankan. Samada ceramah, kuliah mahupun pengajian. Boleh dikatakan ahli kariah tidak akan sunyi dari program pengajian ilmu dalam pelbagai bidang.


Hadith, fekah, tafsir, tasawwur, dan pelbagai cabang ilmu diajar, hinggalah kepada pengajian tajwid oleh para ustaz dan ustazah. Samada lulusan dalam negeri, mahupun lulusan dari luar negara.


Ada program yang diadakan selepas solat Maghrib, ada yang dijalankan selepas solat Isya' dan ada yang dilakukan sebelum solat Zohor mahupun ada yang dijalankan selepas solat Subuh.


Jika diperhatikan, hampir setiap waktu, pasti ada majlis ilmu yang dijalankan. Dan suatu yang pasti. Semuanya diadakan secara PERCUMA.


Ini belum masuk lagi program ceramah, samada ceramah agama mahupun ceramah umum.


Bila kurenung kembali, komposisi penduduk. Ada lebih kurang 10,000 ahli kariah yang mumayyiz. Ini bermakna, andai kata semua ahli kariah memenuhi majlis ilmu. Rasanya, tidak ada siapa yang jahil tentang Islam.

No comments:

Post a Comment