Thursday 15 January 2009

ZIONIS TEWAS DENGAN AL QURAN

Malu yang menguntungkan.


Sewaktu ini, aku berada dibahagian anjung rumah orang tua aku di Taiping. Menghirup udara segar di awal pagi. Di kala manusia sedang nyenyak tidur. Sekilas aku memandang wajah seorang saudara aku yang sedang nyenyak tidur, berhampiran dengannya terdapat sebuah Al Quran.


Aku masih lagi terkenangkan peristiwa sewaktu usai solat Maghrib semalam. Seperti kebiasaan, usai solat Subuh atau Maghrib, sudah menjadi amalan, aku akan terus membuka Al Quran terjemahan dan membacanya. Dan sekiranya ada jemaah ataupun anak - anak dan isteri aku menjadi jemaah, maka aku langsung memberikan tazkirah ringkas.


Usai memberikan tazkirah, tiba - tiba sahaja sahabatku ini menghampiri diri aku. Dengan wajah yang kelihatan sayu dan hiba, beliau menyatakan amat terkesan dengan tazkirah yang aku sampaikan berhubung dengan surah Al Alaq.


Dimana aku mengaitkan surah Al Alaq dengan situasi zaman sekarang. Seandainya manusia muslim mengetahui kekuatan mereka yang paling ampuh adalah dengan mengikuti seluruh ajaran dalam Al Quran, maka aku pasti Israel @ Zionis LAKNATULLAH tidak akan berani untuk 'menyentuh' umat Islam, apatah lagi menyerang umat Islam.


Cuba kita perhatikan perjalanan sirah Nabi Muhammad, para khalifah dan kerajaan Islam selepas itu. Bagaimana mereka menjadi seorang 'abid atau ahli ibadah dengan membaca, memahami isi kandungan Al Quran, menghayati dan mempraktikkan seluruh isi kandungan Al Quran dalam kehidupan seharian.


Diwaktu malam mereka begitu tekun dan khusyuk beribadah, mereka berdiri, rukuk dan sujud menyembah Allah, dahi mereka rapat ke bumi menyembah Allah yang Maha Esa.


Dan di waktu siang mereka menjadi seperti seekor singa yang kelaparan, berjuang untuk menegakkan kalimah Allah diatas muka bumi. Mereka tidak gentar untuk mati didalam keadaan berjuang bagi menegakkan kalimah suci.


Mereka hanya mengharapkan KEREDHAAN Allah.


Rupa - rupanya satu perkara yang sungguh mengejutkan berlaku. Dimana sahabat aku ini telah terlalu lama meninggalkan Al Quran. Sudah 20 tahun beliau tidak 'menjamah' Al Quran. Sejujurnya beliau menyatakan bahawa hati beliau telah benar - benar 'keras dan karat' akibat dari tidak mahu 'bersahabat dan bermesra' dengan Al Quran.


Hati aku terasa sayu dan sebak, bila sahabat aku telah membuat 'perisytiharan terbuka' tentang perkara itu. Lantas beliau mengambil Al Quran lalu mengucup dan terus mendakap Al Quran dengan begitu erat sekali.


Akhirnya dengan suara serak dan sayu, beliau memhon sesuatu kepada aku "Abang Long... saya minta tolong bantu saya untuk membaca kembali ayat - ayat suci, lidah saya sudah membeku ... biarlah Al Quran menjadi TEMAN SETIA saya di alam barzah kelak... saya mahu Al Quran menjadi pelindung disaat saya memerlukan."


Al Quran bukan sekadar untuk dibaca, atau dimusabaqahkan, atau ditilawahkan. Tetapi juga untuk difahami, dihayati dan dipraktikkan.


Al Quran adalah 'senjata' umat Islam yang telah hilang.


Sebelum mengakhiri tulisan ini, tiba - tiba sahaja aku teringat kata - kata seorang teman beberapa hari yang lalu "buat apa nak berdemonstrasi menentang Israel, bukan dapat apa - apa faedah pun."


Lantas fikiran aku menjangkau kepada satu ritual ibadah haji. Dimana jutaan umat Islam yang menunaikan ibadah haji akan melaungkan "Labbaikkallah hu malabbaik..." Bukankah itu adalah acara DEMONSTRASI TERBESAR umat manusia sedunia ?

No comments:

Post a Comment