Friday 20 February 2009

TUGAS IBLIS DAN SYAITAN

ENAM perintah iblis kepada pasukannya.

Tak kenal maka tak sayang, tak sayang maka tak cinta. Namun, pepatah ini tidak laku kepada para syaitan. Mengapa ? Kerana:



Pertama: Semakin kita mengenal iblis dan pasukannya, maka kita bukannya semakin sayang atau cinta malah menjadi semakin berhati – hati dan waspada kepada tipu dayanya !

Kedua: Semakin iblis dan pasukannya mengenal kita, maka bukannya mereka main sayang atau cinta kepada kita, tetapi semakin hebat godaan dan tipu dayanya.



Syaitan LAKNATULLAH terdiri dari 2 golongan, iaitu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin.



Ciri – ciri utama syaitan: “Paling gemar menterbalikkan kebenaran. Mengatakan yang benar itu salah, dan yang salah menjadi benar”. (Contoh: Memakai tudung sebagai kolot dan menyukarkan mendapat pekerjaan, sedangkan mendedahkan aurat adalah sesuai dengan peredaran zaman sekarang).



Tugas utama para syaitan LAKNATULLAH: Menggoda manusia menggunakan cara yang paling halus sehingga cara yang paling kasar supaya manusia masuk neraka.



ENAM perintah iblis LAKNATULLAH kepada pasukannya (para syaitan dari golongan jin dan manusia).


1. Jauhkan manusia dari Ilmu Agama dan Iman, kemudian lemparkan mereka kedalamsyirik dan kekufuran (inilah PUNCAK KEINGINAN syaitan LAKNATULLAH).

Sekiranya tidak mampu, maka:-

2. 2. Ajak mereka untuk mengerjakan bid’ah.

Sekiranya tidak mampu, maka:

  1. Pujuk agar mereka gemar melakukan dosa-dosa besar.

Sekiranya tidak mampu, maka:

  1. Pujuk agar mereka senang dengan dosa-dosa kecil.

Sekiranya tidak mampu, maka:

  1. Buatlah agar mereka senantiasa melakukan perbuatan sia-sia supaya terhalang dari perbuatan penting, perlu, dan berkualiti.

Sekiranya tidak mampu, maka:

  1. Siksalah mereka, hinalah mereka, kelabui mereka, dan setelah itu tuduhlah mereka telah melakukan perbuatan tercela, haram, sampai mereka sedih berlarut-larut, kecewa mendalam, frustasi dan putus asa…….


Demikianlah, padahal putus asa adalah haram bagi muslimin …

Wahai Saudaraku, bila jatuh, bangkitlah lagi ... jatuh lagi, bangunluah lagi ... jatuh lagi, bangkit lagi ... dan seterusnya sampai iblis dan pasukannya (para syaitan dari golongan jin dan manusia) berkata begini: “aduhhh ... membazir sahaja aku mengganggu dia ni...!”

Ketahuilah wahai Saudaraku, iblis dan para syaitan LAKNATULLAH itu sebenarnya mudah berputus asa.

Dan sebaliknnya mereka paling gemar kepada orang yang apabila jatuh dan atau melakukan dosa, terus berkata begini: “Hmm ... membazir sahaja saya bertaubat / saya memohon ampun, seterusnya saya buat dosa lagi ... nanti sahajalah saya mohon ampun atau bertaubat...”


Begitulah, semoga kita termasuk kedalam golongan manusia yang diberikan kekuatan untuk tetap kukuh, kuat, mapan, sekeras batu karang ... InsyaAllah.